Minuman Sedap Dan Mujarab.

DHA

Docosahexaenoic acid atau DHA adalah kompenan utama dalam air mani, fosfolipid otak dan mata.

DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dengan cara mengurangkan aras trigliserid darah.

Aras DHA yang rendah menyebabkan aras serotonin otak berkurangan dan telah dikaitkan dengan ` Attention Deficit Hyperactivity Disorder `, penyakit Alzheimer atau nyayuk dan kemurungan.

Dalam otak, kekurangan DHA dikaitkan dengan kemerosotan kognitif atau daya fikir, peningkatan kematian sel saraf dan kemurungan.

Kajian saintifik mendapati yang DHA mengurangkan plaque amiloid didalam penyakit Alzheimer dan merencat pertumbuhan sel colon karsinoma manusia.

Wanita hamil yang mengambil DHA dikaitkan dengan kawalan emosi yang baik daripada ibu yang mengandung dan peningkatan ketajaman ingatan dan penglihatan kepada bayi atau anaknya.

Pembentukan retina mata, ketajaman penglihatan dan minda terjejas sekiranya aras DHA dalam darah tidak memadai.

Tambahan pengambilan DHA dalam pemakanan boleh membantu individu yang mempunyai sejarah penyakit jantung, bayi pramatang dan untuk membantu kemajuan minda yang sihat terutama dikalangan kannak-kanak.